Tentang Saya

Siapa F?

Nama aku F. Aku berumur 31 tahun pada tahun 2026. Blog ini dicipta pada tahun ini. Sengaja aku tulis blog ini sebagai paparan dan tauladan tentang kesilapan aku.

Sebelum ini aku berkerja di sebuah syarikat popular di Malaysia. Aku seronok kerja di sana. Lagi-lagi syarikat itu adalah syarikat inhouse bukan BPO. Dengan gaji yang banyak pada aku ketika itu membuatkan aku lupa. Aku daftar credit card, buat personal loan, guna BNPL dan akhirnya aku disini. Menulis dengan penuh kekesalan.

Aku nak sangat putar balik masa seperti dahulu. Naif mengenai credit card, BNPL dan sebagainya. Bermacam-macam BNPL aku guna untuk tampung pembelanjaan aku sampai aku lupa untuk lihat kemampuan aku sendiri.

Dunia makin gelap apabila aku dibuang kerja disebabkan syarikat tersebut mengecilkan operasi. Walaupun aku adalah di antara agent yang baik, aku gagal dapat tempat untuk kekal berkerja di sana.

Aku cuba dapat kerja baru namun gajinya kurang daripada RM1500. Dengan hutang semakin banyak, akhirnya aku pilih masuk AKPK.

Jadi di sini, aku menulis perjalanan aku selesaikan hutang-hutang BNPL. Di sini juga aku aku ceritakan kesemua tunggakkan yang ada untuk pastikan aku Zero Hutang.

Di bawah ini adalah senarai hutang aku ketika ini

  1. AKPK (credit card AEON, Public Bank, HSBC, GXBank, PL AEON, PL RHB)
  2. Instaduit
  3. Courts Momments
  4. Boost
  5. Sloan Shopee
  6. Spaylater